Monday, April 22, 2013

Senyum

Assalamualaikum and bismillahirrahmanirrahim...

Holla uols... 
Da habih ke demam politik korang? Dah?
Tak payah la pening, gaduh-gaduh siapa yang menang.
Lumrah alam. Adat bertanding. Ada yang menang, ada yang kalah.
Sokong yang menang, korang gembira puas hati.
Sokong yang kalah, maka sakit lah hati! 
Hehehehehe....

Sudehhh! Aku malas nak campur. Terpulang pendirian masing-masing! 
Semua ada akal fikiran untuk menilai dan fikir mana yang lebih baek. 
Cuma jangan sebab politik, sampai putus silaturrahim. 
Professional dan bersikap matang lah. 
Masing-masing above 21 kannnn...
Takkan berperangai budak-budak kottt.

" ko tak geng sini, aku tak kawan!"... 

Eseimennnn!!! 
Letih haih kalau dapat sedara mara atau sahabat, rakan taulan yang begini perangainya.
Undi itu kan hak setiap individu. 

Maka korang, hak individu itu sendiri lah nak pilih parti mana pun. 
Dan hak kita sebagai individu yang laen, hormat lah. 
Hormati lah hak mereka, supaya mereka jugak menghormati hak dan pilihan kita.

Aku pasti semua nak yang terbaek kan. Jadi, berfikiran terbuka. 
Senyum. 
Jangan bermasam muka.

Lagi 5 tahun, kita mengundi lagi ya 
:))

Friday, April 19, 2013

Cantik-Sakit

Assalamualaikum...

No more laa nak gitau "dah lama laa i tak coret-coret kat sini. Life quite busy lately!"
Huh! Ada korang tanya kah? Hewhew.. And korang kesah ker aku menulih ke idak? Kehkehkeh..

Ok ok...hari ini al kisahnya aku nak komen bab-bab iklan bagai kat page fb aku. Yelah, dah gatal tambah dan terima mereka-mereka yang berniaga online. Maka terima dan hadap ja lah yan iklan yang berlambak, melimpah ruah, pinau mata tengok kat news feed! :D

But tak kisah sebenarnya. Deep inside, aku respek korang rajin upload, tag iklan masing-masing. Suka aku like. Tak suka aku ignore sahaja. Tak ganggu sangat pun. Aku paham adat berniaga. Marketing is very important. Korang jual produk paling bagus, paling murah, paling hebat, tapi kalau tak ada marketing tak terjual juga. Maka, ok saja korang beriklan. Aku tak kisah. Sebab aku pun nega! :)

Cuma yang hari ini, jumaat yang barakah, hujan rahmat lagi ( sejuk sikit petang-petang ni ), aku terasa nak komen sangat bab barang korang jual.

Ok. Aku paham. Semua pompuan nak cantek. Aku pun. Tapi kenapa taksub sangat nak wajah tu putih gebus. Kan memadai dengan bersih tanpa jerawat dan minyak? Tak korang fikir kah, produk pemutihan tu boley memudaratkan. Korang tak risau effect kemudian hari wahai ibu, mama, mommy, umi kepada anak-anak yang comel. Wahai honey, darling, sayang, baby kepada suami-suami mithali?

Korang yang menjual juga. Korang yakin, produk dijual, tak ada bahan kimia keterlaluan. Tapi kalau dah dalam sebulan, boley putih gebus macam kapas, takkan takdak chemical kott!
Aku tak pandai agama. Tapi kalau hasil jualan boley mendatangkan mudarat pada orang lain, apa hukumnya?

Berlambak uols produk yang tidak mendapat pengesahan kkm. Banyak dalam pasaran, produk kecantikan yang berisiko kepada si pemakai. Ya sakit, mati itu pasti! Tapi takkan nak tempah penyakit.

Cuba-cuba korang gugel. Cuba korang type skin cancer, breast cancer, cervical cancer. Lagi dan lagi. Banyak! Banyak yang terjadi disebabkan produk kecantikan. Effect yang cepat, korang fikir lah sendiri.

Dah alang-alang nak putih gebus, dan tak kisah negative effectnya, dari korang bazir duet beli produk itu ini ada baek korang mandi clorox hari-hari! Ha! Cubalah... Cuba! Aku pikir kalau baju rendam sekali boleh putih, tentu pakai mandi hari-hari pun boleh putih jugak! :D

Korang, jangan la. Please. Jangan lah taksub sangat. Aku tak rasa hubby korang, anak-anak korang bagi syarat utama :

"yang, u putih gebus baru i sayang-cinta u sampai mati."
" along saaaayangggg mama sebab mama cantek. Putihhhh "

Berani hentak kaki aku kalau ada rules and regulation macam tu. Sungguh!!

Sorry sesangat if entry nih buat korang rasa aku taruk pasir dalam periok nasik korang. Aku pun sama macam writer kat newspaper, harian metro bagai. Ops! jangan pikir aku prasan plak. No! maksud aku, dari segi bahan cerita tu. Those reporters pun sama jugak. Dah banyak dorang menulih bab nih. Tapi makin banyak produk masok. Makin ramai pembeli pun. Tak ada pulak keluar berita tv3, peniaga mengamuk, demo jalanan akibat barang tak laku dijual. Demo barang tak laku sebab hal lain yer laa.

Alla korang, pompuan sekarang tak kisah!
" Sakit i handle kemudian, yang penting i cantek dulu noks! "
Ok. Silakan untuk cantik dan sakit. Tengok cermin pandang muka, guna akal masing-masing.

Ini pandangan aku, pendapat aku. Kotak fikiran aku.
Terpulang untuk masing-masing nilaikan.

Jom Sharing