Thursday, September 12, 2013

Kita kita yang beruntung.

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.


Kita kita ini,
sangat beruntung dilahirkan dalam islam.
Tapi cukup sempurnakah islam kita, iman kita andai masih takbur berjalan di bumi Allah.

Kita kita ini, 
jangan mudah selesa dengan harta melimpah.
Mungkin ada sedikit kufur nikmat yang sedang allah ujikan.

Kita kita ini jangan mudah bangga, bila ramai anak.
Ada tanggungjawab besar dinantikan. Jangan sekadar tahu melahir, tapi tidak dididik ikut jalan Tuhan.

Kita kita ini, jangan mudah lupa.
Lahir islam, belum tentu matinya islam.

Maka berdoalah.
Moga tak dipalingkan hati hati kita dari DIA.
Moga jaga dan bangun kita, basah dengan zikrullah.
Moga ada syukur terlafaz, ditiap jaga itu, kerna masih ada nafas terhembuskan.
Masih mampu melihat dan merasa nikmat diberi Tuhan.
Syukran.

Dan moga di setiap langkah itu ada teriring doa kerana ibadah.
Bukan dikeji malaikat akibat maksiat dan dosa.
Moga bibir mampu basah dengan shahadah, tika kiam mengadap Yang Esa.
Pasrah.
Di saat dicabutkan nyawa, moga terhampar nian syurga, tanda pengakhiran yang bahagia.

Aameen.

Tuesday, September 10, 2013

Health tips for today

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum

Holla hai...

Since aku pengguna tegar herbalife, and since ramai yang bertanya apa racia aku slim. Ahak! Slimkah?
Ikut korang! Tapi memang back to actual weight selepas pantang. 
Lagi pun raihanna dah setahun 6bulan kan...tentu lahhh aku dapat balik my ideal weight.

Tapi kalau korang kenal aku, aku nih selalu on off. Heheh..
Kejap kejap kembang, tambah kalau balik kampung ( mak mertua masak sedap! Rugi laaa tak hadap puas puas ).
Kejap kejap aku kuncup balik!... Ehh! Macam bunga pulak, ada kembang kuncup! Hehekhek..

Ok! Tips hari ini ada lah sama sekali tidak berkaitan dengan herbalife. Kang korang kata aku promo baekkk pulak kan.
Tips minum air. Kenapa perlu minum air sebegini kuantitinya.
And korang, please! 
There is NO such thing of gemok air, if korang minum 7-8L sehari pun. 
But! Ha! There is a but there, see! Korang akan store banyak air, if korang langgah sekali nak ngkau habis sebotol 2.5 tu. Ha! Itu memang mendatangkan mudarat.
Our kidney boley process 500ml je per hour. So minum laaa sedikit sedikit, tapi kerap. Elak perut buncit jugak if diamalkan selalu.

Tips#1- minum 2gelas selepas bangun dari tidur
Kenapa? 
Untuk activekan organ dalaman korang. Senang laaa korang membuang pagi pagi.
And korang pernah dengar tak, minum air selepas bangun tidor, sebelom gosok gigi = PETUA AWET MUDA!
Tak nak muda remaja ke?
Tak payah cucuk botox. Low cost lagi. Hhihihihi

Tips#2 - minum 1gelas 30minit sebelom makan
Kenapa?
Untuk membantu sistem pencernaan.
Laennya aku rasa make sense jugak if untuk elak makan melebihi had.
Heeheheh.

Tips#3 - minum 1gelas sebelom mandi
Kenapa?
Untuk membantu merendahkan tekanan darah

Tips#4 - minum 1gelas sebelom tidor
Kenapa?
Untuk elakkan serangan angin ahmar atau strok dan serangan jantung

For sure there are better explainations for tips 3 and 4 in science terms.
But bagi aku, takde salah pun if kita amalkan. 
And aku, memang minum banyak air dalam sehari. 3Liter tak cukup untuk aku.
Lagi aku kan fully breastfeed,so memang laaa minum air banyak.
Buncet?
Ehhh! Orang yang minum air kurang pun buncet jugak! Hahaha. 
Acaner tu?

:P



Friday, September 6, 2013

Jom Solat




Hugs



Assalamualaikum.
- jom baca quote di bawah -

" Hugging is a good medicine.
It transfers energy and gives an emotional lift.
You need four hugs per day for survival, eight for maintenance and twelve for growth.
Hugging is a great form of communication, 
because it can say things u dont always have the words for.
The nicest thing about hug is that u cant give one without getting one!"
Annonymous


Yeah! Win win situation :)
Mari kita berpelok-pelok. Hehek!
Haa!! Jangan maen pelok je, kang makan penumbok!
Hahahahahahaha

Sehari perlukan total 20 pelukan kawan kawan.
4 untuk survival,
8 untuk menten. Menten cantik dan langsing mungkin. Heheheh
12 untuk tumbesaran?
Ok. Yang ini mungkin apply untuk anak.

So? Sudah mula berpelok kah?
Mari mula mengira your hugs of the day. 
Mari pelok anak, kakak, adik, emak.
Mari pelok ketat-ketat abang sayang anda 
:D





Wednesday, September 4, 2013

Finally...alhamdulillah

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillahhhh..finally!
Syukran.hehek...

Untuk 1st time selama 32tahun hidup, aku dapat sempurnakan puasa 6, yang dah lama aku teringin nak buat. Hehek!

1st day raya, esok tu excited la...
Dah beraya di kampung, sungguh tercabar dengan hidangan yang macam macam, maka aku postponed lagi. Esok lah puasa.
Yang akhirnya, ehhhh! Minggu depan lah start!
Hahahahah

Minggu depan tiba.
Buat selang selang lah, tak nak feel burden sangat! Kononnnn!
Maka cukup 3hari.
Kemudian, jemputan open house pun bertandang. Dah aku atuq habih rumah rakan taulan dan jiran.
Maka tunda lagi puasanya.

Minggu terakhir Syawal. Hah! Tinggal seminggu lagi?
Baru lah nak sedar diri dan insaf. 
Yang selalu keputusannya, sambung puasa tahun hadapanlah....senangnyaaa puan yan ni.
Hehekk!

Tahu ini cuma puasa sunat. Tapi best beb. Tak tau nak describe. 
Setahun sekali sahaja ada puasa 6 kan. Nak tunggu buat lagi, nah!  Ramadhan nanti. 
Itu pun jika masih berpeluang menikmati. Kalau sudah sampai masa kembali? 
Hurmmmm, Rugi! Rugi! Rugi!

Tapi tahun ni alhamdulillah. Selesai jugak. Finally. Biarlah dah hujung hujung Syawal pun. 
Biarlah semua orang dah setel puasanya. Tidak mengapa.

Yang penting, aku dah buat. Dah selesaikan. Walaupun, pertama kali. 

Tahun hadapan, in shaa Allah. 
Panjang umur, sihat tubuh badan, kita puasa lagi.

:))




Jom Sharing