Tuesday, May 14, 2013

Al-kisah peniaga ini

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Ok. Hurm. :)

Minggu lepas ke pasar, beli barang basah bersama suami. 
Dan tentu lah, cik raihanna ikut sekali. 
Bukan hot story sangat. Tapi aku terasa nak kongsi dengan korang.

Aku tak paham, kenapa setengah peniaga suka menipu. Ha! Jangan nak sentap pulak. Aku cakap setengah. Aku tak cakap korang. Korang semua peniaga yang baek. Jujur!

Ini, alkisah pakcik nih. Mahunya kami beli udang di pinggan. Kata sekilo. Tapi jelasssss, aku nampak bawah udang itu ada lagi 1 pinggan yang diterlangkupkan. Diterbalikkan la maksud aku. Jadi sekilo udang sekali berat pinggan! 

Laaaaa, kaler pulak nak sama dengan udang! Lahaiiii.... Kalau tak dipandang betol-betol, aku tak perasan. Tambah dengan aku yang memang mata rabun. Tapi itulah, kuasa Allah, untuk tidak mengizinkan kami ditipu. Maka aku nampak.

Encik suami dah berhenti nak beli. Tapi langsung aku cakap "bawah udang ada lagi 1 pinggan!"
Ups! Sorry pakcik. Saya memang suka berterus terang.
Encik suami pulak, memang jenis yang lurus luhur gitu.
" laa ye ker? " depan situ jugak dia jawab!

Terus aku jalan. Buat-buat tak paham. Dan kami berhenti beli udang dari peniaga laen. Yang bagi aku bekas, untuk aku pilih sendiri udang. Dan tuang udang terus atas penimbang! 
Ada kejujuran di situ. Kalau dia dah setting laen tu tak tau lah. Tapi setakat yang aku nampak, tak ada extra pinggan di penimbang atau di celah-celah udang! Heheheheh

Korang...
Aku ingat sudah habis kat situ. Tapi masya Allah. Istighfar aku. 
Si pakcik auta datang. Belek udang yang aku pilih, sambil cakap "ermmm,kecik!!" Sinis amat! 
Ya Allah! Mahu saja aku jawab :
" Ya! Kecik pakcik. Tapi saya beli jugak. Sebab rezeki dia kerana berniaga dengan jujur!"
Tapi, aku sekarang isteri. Perangai isteri kan mencerminkan suami. 
Maka aku diam. Cuma kepala sahaja aku gelengkan. Tanda aku tak suka apa yang dia buat.

Jauh dari situ aku pandang si pakcik auta. Entan lah. Ikut hati mahu aku menyumpah seranah. 
Mahu aku kutuk segala inci yang ada, dengan raut wajah dia yang masam mencuka.
Pakcik-pakcik, senyum lah. Senyum kan sedekah. 
In shaa Allah, melalui senyum, dengan izin Allah, rezeki lebih murah.

Dan dari jauh aku perasan, yang datang beli barang. Tak ada yang singgah. Ada yang datang, tak lama. Terus blah. Masam lah lagi wajahnya.

Itulah pakcik. Niaga kena jujur, amanah. Ada rezeki kita, in shaa Allah terjual la udang.
Silap gaya, dengan pinggan sekali orang beli.
Hehehe... Itu aku perli. 

Tapi tak mustahil kan. Kalau dah namanya rezeki.
:)









Jom Sharing