Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.
Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.
Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.
Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.
Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.
Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
MORAL OF THE STORY:
- RAIKAN LAH IBU ANDA SETIAP HARI....RSANYA XPERLU TGU UTK HARI2 TERTENTU JER!..BUKAN KER MEMBAHAGIAKAN IBU ADALAH TGJWB SETIAP ANAK?..XSEMESTINYA HARI IBU JE SUMER ANK KAT MUKA BUMI ALLAH NIH NAK JD YG TERBAEK, TERLOVING UTK IBU MSG2...
YG TERBAEK DI MATA SEORG IBU BUKN LA MELALUI DINNER AT HOTEL MEWAH, JEWELERY OR LUXURY VACATION..TAPI MELALUI PERHATIAN N KASIH SYG SEORANG ANK TU DH CUKUP MEMBAHAGIAKAN HATI IBU!...
PERCAYA LA..KERANA SY JUGA SEORG IBU KPD 3 ANK2 YG SGT SY SYG...SY XMINTA DIBELIKAN HADIAH..TAPI SY TERLALU INGINKAN MEREKA MENERIMA SY SBGAI IBU, MENYAYANGI SY SEPERTI IBU MEREKA YG TELAH PERGI ITU..SY INGIN MEREKA BERKONGSI APA SAJA DGN SY, BERCERITA HAL SKOLAH, KWN2..APA SAJA!..
ANAK2 DI LUAR SNA,
HARGAI LAH IBU ANDA..PELUK IBU ERAT2...TUNJUKKAN KASIH SYG ANDA SEKARANG!..JANGAN TGU HARI TERTENTU UTK RAIKAN IBU...RAI N BELAI LAH IBU ANDA SETIAP MASA YG TERLUANG...KERANA MASA XMENUNGGU KITA...MGKIN HARI IN..MGKIN ESOK, IBU AKAN PERGI BUAT SELAMA-LAMANYA......
I MISSED MY MOM TOO...SEMOGA MAK (MARIAH BINTI MAD YATIM) SENTIASA DI PELIHARA ALLAH SLALU...YAN SAYANG MAK!
DAN BUAT ANK2 MAMA, MAMA TAHU AMAT SUSAH UNTUK MENERIMA ORG BARU..TAPI MAMA YAKIN..SUATU HARI NNT, KAMU AKAN PELUK MAMA DAN SYG MAMA..SEBAB MAMA, ADALAH MAMA KAMU!..N I WILL NEVER STOP BEING UR MAMA..INSYA ALLAH..SMOGA ALLAH BERIKAN MAMA KEKUATAN..AMEEN...