Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillahhhh..finally!
Syukran.hehek...
Untuk 1st time selama 32tahun hidup, aku dapat sempurnakan puasa 6, yang dah lama aku teringin nak buat. Hehek!
1st day raya, esok tu excited la...
Dah beraya di kampung, sungguh tercabar dengan hidangan yang macam macam, maka aku postponed lagi. Esok lah puasa.
Yang akhirnya, ehhhh! Minggu depan lah start!
Hahahahah
Minggu depan tiba.
Buat selang selang lah, tak nak feel burden sangat! Kononnnn!
Maka cukup 3hari.
Kemudian, jemputan open house pun bertandang. Dah aku atuq habih rumah rakan taulan dan jiran.
Maka tunda lagi puasanya.
Minggu terakhir Syawal. Hah! Tinggal seminggu lagi?
Baru lah nak sedar diri dan insaf.
Yang selalu keputusannya, sambung puasa tahun hadapanlah....senangnyaaa puan yan ni.
Hehekk!
Tahu ini cuma puasa sunat. Tapi best beb. Tak tau nak describe.
Setahun sekali sahaja ada puasa 6 kan. Nak tunggu buat lagi, nah! Ramadhan nanti.
Itu pun jika masih berpeluang menikmati. Kalau sudah sampai masa kembali?
Hurmmmm, Rugi! Rugi! Rugi!
Tapi tahun ni alhamdulillah. Selesai jugak. Finally. Biarlah dah hujung hujung Syawal pun.
Biarlah semua orang dah setel puasanya. Tidak mengapa.
Yang penting, aku dah buat. Dah selesaikan. Walaupun, pertama kali.
Tahun hadapan, in shaa Allah.
Panjang umur, sihat tubuh badan, kita puasa lagi.
:))